selawat

Photobucket

Tuesday, December 28, 2010

Adakah Penambah Makanan Halal?

Assalamualaikum WBT..

Makanan yang diproses kini menjadi pilihan banyak keluarga di Malaysia. Disebabkan kesuntukan masa, suri rumah terutamanya yang bekerja, biasanya membeli makanan jenis itu untuk hidangan isi rumah. Selain kandungan gula, lemak dan garam yang tinggi, makanan yang diproses juga mengandungi pelbagai bahan penambah makanan.

APAKAH PENAMBAH MAKANAN?

Penambah makanan biasanya digunakan oleh industri makanan untuk melakukan pelbagai fungsi penting dalam proses pengeluaran makanan. Ia digunakan untuk menjadikan makanan tidak mudah rosak dan menambah khasiat yang hilang sewaktu menjalani pemprosesan. Penambah makanan merupakan 10% daripada jumlah makanan yang diambil oleh orang dewasa.

Penggunaan penambah makanan adalah cabaran kepada umat Islam kerana proses yang terbabit dalam penghasilannya dan sumber bahan penambah itu sendiri mungkin menggunakan ramuan haram yang dimasukkan ke dalam produk makanan halal.

Selain itu, terdapat amalan mencampurkan penambah makanan tanpa dicatatkan pada label, misalnya penggunaan bahan seperti Skatole, salah satu komponen utama najis. Sungguhpun bahan itu diperoleh daripada tiruan, ia masih tidak boleh diterima. Bagaimanapun, terdapat pengeluar yang sanggup mencampurkan apa jua bahan ke dalam makanan demi mengaut keuntungan besar.

Akta Makanan Malaysia 1983 dan Peraturan Makanan 1985 (Akta 281) memberikan satu senarai lengkap penambah makanan yang dibenarkan penggunaannya dalam makanan yang dijual di Malaysia. Di bawah Akta Makanan, bahan penambah yang dibenarkan berada di bawah pelbagai jadual seperti pewarna makanan, penambah perisa, bahan perisa antipengoksida, pelembut makanan, pengawet dan suplemen makanan. Jadual tersebut menyenaraikan bahan-bahan yang dibenarkan dalam makanan.

Walaupun Peraturan Makanan membenarkan penggunaan bahan penambah dalam makanan, pengguna perlu sedar bahawa penambah makanan adalah bahan kimia yang perlu dielak.

Walaupun pengambilan bahan penambah makanan umumnya boleh menimbulkan masalah kesihatan, namun persoalannya di sini ialah penambah makanan yang digunakan itu mungkin diambil daripada hasil sampingan binatang, sekaligus menjadikannya haram dimakan oleh umat Islam.

Memandangkan penggunaan penambah makanan begitu berleluasa dalam makanan yang diproses, Mufti Negeri Perak, Dato’ Seri Haji Harussani Haji Zakaria telah dihubungi untuk mendapatkan pandangan beliau mengenai perkara ini. Dalam sepucuk surat kepada CAP, beliau menjelaskan setiap yang meragukan adalah termasuk di bawah istilah ‘syubah’ dan setiap yang syubah adalah haram. Wallhualam'.

No comments: