Assalamualaikum w.b.t,
Seperti tiap-tiap tahun kebiasaannya, umat Islam sedang memasuki bulan ramadhan al-mubarak sekali lagi. Alhamdulillah serta syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan
rahmatnya kita masih diberikan kesempatan untuk berada di dalam bulan ini, bulan yang penuh dengan keberkatan. setiap perkara baik yang dilakukan, pada bulan ini berlipat kali ganda pahalanya. Umat manusia berlumba-lumba untuk melakukan ibadah puasa turut sama ibadah-ibadah sunat yang lain. Disebabkan itu membuat juadah berbuka puasa adalah satu ibadah yang memberi pahala kepada sesiapa yang melakukannya.
Lujnah makanan menjadi penggerak majlis berbuka puasa yang dilaksanakan setiap hari kecuali jumaat, sabtu dan ahad di pusat islam al-hidayah. Untuk mengetahui dengan lebih mendalam apa yang berlaku di surau sepanjang bulan ramadhan, marilah sama-sama kita menyingkap perjalanan program setakat ini, insyaAllah.
Diharapkan Ibadah yang kami lakukan harapnya mendapat keredhaan Allah S.W.T. Amin.
No comments:
Post a Comment