selawat

Photobucket

Monday, March 2, 2009

HPA yakin Radix Cola, Sarsi mampu bersaing




Pengeluar produk kesihatan dan perubatan berasaskan herba, HPA Industri Sdn. Bhd yakin produk terbarunya, Radix Kola dan Sarsi akan mendapat sambutan baik serta mampu bersaing di pasaran tempatan serta antarabangsa.

Ini kerana Radix Kola dan Sarsi keluaran HPA bukan sekadar minuman ringan berkarbonat malah mampu bertindak sebagai minuman kesihatan serta memberi tenaga dan berkhasiat kerana kurang kandungan gula.

Selain dijamin halal, kehadiran Radix Kola dan Sarsi juga diharap mampu memberi alternatif kepada pengemar minuman berkarbonat untuk memilih minuman yang membawa manfaat dalam penjagaan kesihatan.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata pihaknya yakin Radix Kola dan dan Sarsi keluaran HPA mampu menarik minat pengemar minuman berkarbonat kerana berbeza dengan jenama lain untuk bersaing di pasaran.

Katanya, ramuan sinergi herba khas dalam Radix Kola dan Sarsi menjadikan minuman ini begitu istimewa, malah ia mempunyai perisa kola yang sebenar dan mampu memberi perlindungan pada organ hati.

“Minuman berkarbonat Radix Kola dan Sarsi sesuai untuk semua golongan serta boleh dihidangkan dalam pelbagai majlis dan orang ramai tidak perlu bimbang meminumnya tidak akan menjejaskan kesihatan.”

“Atas keyakinan Radix Kola dan Sarsi mendapat sambutan hebat, HPA kini mensasarkan untuk mengeluarkan 2 juta botol dalam sebulan sebaik kilang terbaru di Kawasan Industri Ringan, Pinang Tunggal beroperasi sepenuhnya Oktober depan” katanya semasa melancarkan Radix Kola dan Sarsi di Sungai Petani pada 13 Julai 2007 yang lepas.

Sumber : Harian Metro 14 Julai 2007

No comments: