selawat

Photobucket

Monday, January 17, 2011

Jom Ukhuwah! ~Bhgn 2~

Festival Ukhuwah menemukan kami kembali pada hari kedua, iaitu Ahad Januari 16, 2011. Kali ini, kami ditugaskan untuk menyediakan sarapan pagi, iaitu mi hun goreng. Kami bertugas seawal pukul 7 pagi. Ini adalah gambar-gambarnya...

say cheese...

bebola ikan dan kek ikan...

sayur sawi dan kubis...

batang sawi...

chef-chef LJ...

bahan-bahannnya ialah...

mi hun...



chef utama LJ...





jgn maen dgn air, zul...

ni sapu ke atau berpose dgn penyapu?... hurm...




masak sudah, sarap pun sudah... jom kita bersenamrobik dan bersukaneka! jumpa di padang bola ye...

kami adalah... ahli-ahli LJ mknan


Selesai sudah Festival Ukhuwah thn 2011. Perasaan gembira ade, penat ade, lega ade... kiranya mcm-mcm perasaan ade lah. namun, apa yang penting, kami berjaya melaksanakan tugasan dan mencapai objektif yang utama, iaitu ukhuwah dan kerjasama antara ahli LJ Makanan itu sendiri dengan ahli-ahli LJ yang lain. semoga ukhuwah ini akan berkekalan...

(: (: (:

Jom Ukhuwah! ~Bhgn 1~

Kita berjumpa lagi di Festival Ukhuwah yang diadakan pada Sabtu dan Ahad lepas, iaitu 15 dan 16 Januari, 2011. LJ Makanan seperti biasa telah ditugaskan untuk menyediakan makanan. Kami memulakan masakan tgh hari seawal pukul 9.30 pagi. Makanan yang telah kami sediakan ialah nasi putih, ayam goreng dan tom yam sayur. Ini adlh gmbr-gmbrnya...

penyediaan alatan memasak...








seblm...

... dan slps... tom yam sayur


Pada waktu malam pula, kami membuat bbq. Kali ini, bukan shj ahli-ahli LJ Makanan yang menyediakan makanan, malahan ahli-ahli dari LJ lain juga telah turut sama bagi membuat bbq. Ini adlh gmbr-gmbrnya...




ketua LJ nmpk ceria ye di sana...



upacara memotong kek... konon-kononnya lah


hotdog dan filet burger... (bbq)




wah! kek...!

nmpk sedap x? sedap kan?...

Sebelum pulang, kami telah menyediakan bahan-bahan untuk penyediaan masakan bagi sarapan pagi pada esok harinya, seperti memotong sayur-mayur, bawang dan sbgnya. Ini adlh gmbr-gmbrnya...

potong-memotong sayur kubis...

potong-memotong sayur sawi...

potong-memotong bawang...

potong sawi ade, potong kubis ade, potong bebola ikan dan kek ikan pun ade...

Selepas bertungkus lumus dari pagi hingga ke mlm, akhirnya kami pulang ke bilik masing-masing dgn perasaan gembira dan lega kerana telah berjaya melaksanakan tugasan memasak pada Festival Ukhuwah hari pertama. Jom kita lihat pada hari ke-2 pula...

(: (: (:

Sunday, January 9, 2011

Apa Yang Penting??? ...KeBersihan!!!

Pelik ke tajuk di atas? Well, kami bukanlah Wonderpets ye tetapi kami ialah ahli-ahli Lujnah Makanan. Ingat tu taw... Since apa yang penting bagi kami ialah kebersihan, kami telah menjalankan suatu misi... misi apa? Misinya ialah gotong-royong membersihkan dapur dan stor di Pusat Islam al-Hidayah atau dikenali sebagai PIAH. Misi ini dijalankan pada tanggal 8 Januari 2011, Sabtu pada pukul 8.30 pagi. Kalau nak tahu something kan, aktiviti gotong-royong ini merupakan aktiviti pertama Lujnah Makanan buat tahun 2011 selepas sekian lama cuti katakan. Kami diberi tugasan yang berbeza-beza, iaitu membersihkan dapur, membersihkan stor, mengira peralatan, menyusun peralatan dan memasak sarapan pagi. Selepas menjalankan misi ini selama lebih kurang 2 hingga 3 jam, kami berehat sebentar untuk menikmati sarapan yang dimasak oleh ahli-ahli Lujnah Makanan sendiri beserta sumbangan nasi lemak dan kuih-muih. Sedap? Memang sedap! Sehingga menjilat jari... Sebaik sahaja menjamu selera dan berehat-rehat sebentar, kami meneruskan lagi tugas-tugas membersihkan dapur. Hasil kerjasama dan usaha yang tidak mengira titik peluh, kami telah berjaya melaksanakan misi kami dengan jayanya. Kami berjaya membersihkan dapur dan stor yang kini nampak lebih bersih, lebih kemas dan lebih tersusun rapi dari sebelum ini. Sebelum pulang, kami telah mengadakan perjumpaan khas antara ahli-ahli Lujnah Makanan. Kami dari Lujnah Makanan berharap, pelatih-pelatih guru IPG Kampus Ipoh dapat menggunakan dan mengekalkan kebersihan dapur dan stor PIAH dalam keadaan baik. Ingatlah bahawa hati yang baik itu datang dari makanan yang bersih dan halal. Oleh itu, kebersihan peralatan-peralatan dan dapur amatlah penting. Sibuk bercerita ni, lupa lak nak letak gambar. Nak, ini dia gambar-gambarnya. Tengok-tengok tu, jangan lupa comment taw.

Tgk ape je tu, zul?

Tgk org buat kerja je ke, syam? Tolonglah mereka juga ye...


Banyaknya barang...

Hati-hati brg-brg berkaca tu... kalau pecah, sendiri tanggung...

sapu sana sini, jgn lupa senyum taw...

org-org kuat LJ... sempat juga berpose di peti sejuk... xsejuk ke?

mcm astro kata... mcm-mcm ade...

apa yang penting??? ...kebersihan!!! dan kerjasama!!!

seriousnya...

nmpk berat... tp, cayalah... org-org kuat LJ katakan...

basuh biar bersih taw... jgn senyum2 je...

hurm... kipas yang kotor...

nasib baik ada yang volunteer nak bersihkan...

selepas 10 minit... wah! bersih berkilat...

org sibuk bercakap, boleh pulak sibuk survey DSLR 2... ish3

ahli LJ yang baru, wan athirah dari j2...

ahli LJ yang baru juga, nur hanani dari j3

bincang-bincang, jgn xbincang...


wah! penuhnye almari... dan tersusun kemas juga

bersih x? bersih kan, kan3???

tutup 'kedai' selepas penat bertungkus-lumus membersihkan dapur... fuh, leganye...

dah habis... jgn lupe comment taw... apa yang penting??? ...kebersihan!!!

(: (: (: