selawat

Photobucket

Sunday, April 25, 2010

Assalamualaikum w.b.t:

Sesungguhnya islam sudah menggariskan istilah halal dan haram dengan amat jelas dan tiada keraguan di atasnya. Makanan yang dimakan adalah darah daging setiap manusia itu sendiri, jika elok makanannya maka eloklah manusia itu, dan jika sebaliknya, maka sudah tentu kesannya juga sebaliknya. Maka, pemilihan pemakanan manusia hendaklah berlandaskan syariat al-quran dan al-sunnah.

Firman Allah SWT:

88

وَكُلُواْ مِمَّا رَزَقَكُمُ اللّهُ حَلاَلاً طَيِّباً وَاتَّقُواْ اللّهَ الَّذِيَ أَنتُم بِهِ مُؤْمِنُو


Ertinya:

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman”

(al-Maaidah: 88)

Sabda Rasulallah saw:

الحلال بين والحرام بين وبينهما أمور مشتبهات

Maksudnya:

Yang halal adalah jelas dan yang haram juga jelas, tetapi di antara keduanya terdapat juga perkara yang belum jelas (syubhah) dan lebih baik dijauhi”

(Riwayat: Bukhari dan Muslim)

Pengertian makanan halal dan haram dalam islam

Halal

memakan makanan/minuman yang tidak diharamkan oleh syarak' dari segi jenis pembuatan dan pengeluarannya.

Haram

memakan makanan/minuman yang diharamkan oleh syarak' seperti yang bernajis, bangkai, makanan beracun dan yang mengandungi bahan-bahan yang memabukkan dan menganggu kesihatan tubuh badan.

Firman Allah SWT:

168

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Ertinya:

Wahai manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi Allah ini, yang halal dan baik-baik. Janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang paling nyata.

Surah Baqarah. (ayat 168)

Ciri-ciri makanan/minuman halal

ž Makanan yang tidak dihalalkan dalam Al-Quran atau hadis

Seperti: Binatang- lembu, kambimg, unta, kibas

Tumbuhan-buah dan sayur

ž Makanan yang bersih, tidak memudaratkan kesihatan dan tidak merosakkan akal

ž Binatang yang disembelih dengan nama Allah

Firman Allah SWT:

172
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُواْ لِلّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
173
إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللّهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلاَ عَادٍ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Ertinya:

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah al-Baqarah (ayat 172-173)

Ciri-ciri makanan/minuman haram

ž Makanan yang tidak diharamkan dalam Al-Quran atau hadis

Seperti: Bangkai, darah, daging babi

ž Makanan yang memudaratkan kesihatan badan dan kewarasan akal fikiran

ž Binatang yang disembelih bukan kerana Allah

Kesan-kesan pengambilan makanan/minuman yang halal

ž Mendapat hidayah dan rahmat dari Allah SWT

ž Mudah menerima ilmu pengetahuan

ž Sihat jasmani, bersih rohani dan akal cerdas

ž Kehidupan diberkati dan diredhai Allah SWT dunia akhirat

ž Membentuk akhlak dan tingkahlaku yang baik

Kesan-kesan pengambilan makanan/minuman yang haram

ž Hati tertutup dari menerima hidayah Allah SWT

ž Susah mendapat ilmu pengetahuan

ž Memudaratkan kesihatan badan dan kewarasan akal serta mengotorkan hati

ž Mudah dihasut/diperdaya oleh syaitan untuk melakukan maksiat

Kelonggaran dalam Islam tentang makanan haram

Firman Allah SWT:

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالْدَّمَ وَلَحْمَ الْخَنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللّهِ بِهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلاَ عَادٍ فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

115

Ertinya:

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah. Maka sesiapa yang dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(Surah an-Nahl, ayat 115).

Seperti yang dinyatakan di dalam surah al-Baqarah ayat 173, Allah SWT memberikan kelonggaran kepada hambaNya berkenaan makanan haram jika darurat berlaku. Hukum memakan makanan haram ketika darurat adalah dibolehkan. Tetapi, kebenaran memakan makanan tersebut ada had dan batasannya, iaitu hanya boleh diambil untuk menggalas perut daripada kelaparan yang boleh menyebabkan kematian. Sama ada dalam ketiadaan makanan yang halal ataupun tidak dapat mencari. Ia tidak boleh diambil sesuka hati.

Contohnya:

Jika hanya dengan sesuap sahaja makanan/minuman haram tersebut dapat mengelakkan daripada kematian, maka sukatan itu sahaja yang boleh diambil. Jika terlebih, maka hukumnya menjadi haram.

Konklusinya

Pengharaman terhadap sesuatu telah digantikan dengan sesuatu yang lebih baik oleh Allah SWT. Jika kita diharamkan memakan daging khinzir, tetapi kita dihalalkan untuk memakan bermacam-macam jenis daging binatang yang lain. Setiap perkara yang diharamkan ada hikmahnya. Seperti Islam mengharamkan arak kerana arak membawa kepada kerosakkan akal dan hati, dan seterusnya boleh membawa kepada kemaksiatan.

Sesungguhnya Islam adalah agama yang cukup sempurna dari pelbagai segi, Islam adalah satu-satunya agama yang menerangkan tentang jenis-jenis makanan yang dihalalkan dan diharamkan. Jika kita mengkaji agama-agama lain, tiada hukum yang jelas tentang makanan yang mereka boleh makan dan sebaliknya. Segala ilmu yang dipaparkan di sini adalah untuk kebaikan kita bersama, marilah bersama-sama kita mencari keredhaan Ilahi dari aspek pemakanan kita sehari-hari. Makanan yang baik membina seorang mukmin yang bertakwa dan bersahsiah. Sesunggunya Allah SWT Maha mengetahui lagi Maha Penyayang.

Wallahu ‘alam..

p/s: Sebarang kesilapan atau penambahbaikkan, sila tinggalkan komen saudara/saudari, semoga Allah SWT mempertambahkan lagi ilmu kita bersama.Amin.

Friday, April 23, 2010

FADHILAT PUASA WAJIB DAN SUNNAT SEPANJANG TAHUN

Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:

Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga

Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.

Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka

Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi

Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup

Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.

Mesyuarat Lujnah Makanan




Gotong-royong bersihkan dapur











Ahli-ahli lujnah makanan mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan dapur dan stor. aktiviti ini yang bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 2 petang. kami menikmati TOM YAM yang dimasak oleh ahli-ahli muslimah yang sangat sedap. walaupun penat, keseronokan tetap dapat dirasai.....