selawat

Photobucket

Saturday, August 29, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

Firman Allah SWT yang bermaksud :
Whai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu sekalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertakwa. (al-Baqarah:183).
Sabda Rasulullah SAW bermaksud :
Ssungguhnya islam itu dibangunkan di atas lima (dasar). Kesaksian bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan-Nya, menegakkan solat, menunaikan zakat, melaksanakan puasa Ramadan dan menunaikan haji.
(riwayat Muslim).
Alllah SWT mensyariatkan berpuasa dan pelbagai ibadat Ramadan sebagai salah satu program yang harus dilalui setiap muslim dan mukmin dalam pembentukan karakter takwa mereka. Sebaliknya ancaman keras bagi orang-orang beriman yang tidak melaksanakan ibadat puasa Ramadan. Ia sebagaimana yang disabdakan Rasulullah SAW yang bermaksud:
Ikatan dan penegak agama Islam itu ada tiga. Siapa yang meninggalkan salah satu darinya, maka ia telah kafir, halal darahnya iaitu: syahadat, solat fardu, puasa Ramadan.
(Riwayat Abu Ya'la dan Dailami).


Amalan di bulan Ramadan

1. Bersahur
Sabda Rasulullah SAW : Bersahurlah kamu sekalian kerana bersahut itu ada keberkatannya.(riwayat Bukhari dan Muslim).Sahur adalah penting,Sahur adalah penting. Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yangbersahur.Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azansubuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana).
(Rujuk- Muslim,2/770, Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim , Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan)


2. Menyegerakan Berbuka
Sabda Rasullullah SAW : manusia sentiasa dalam keadaan yang baik selama mereka menyegerakan berbuka. (riwayat Bukhari dan Muslim).Berbuka cara terbaik ;
(1) beberapa biji Kurma Rutab (Basah), jika tiada,beberapa biji Tamar (Kurma Kering), jika tiada, Air (air kosong ). (Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)


3. Sediakan Juadah Berbuka Untuk Orang Lain.
Khususnya orang miskin.(Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa makabaginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun” (Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi) .

4.Jgn Banyak Tidur Siang Hari.
Imam Assayuti menegaskan bahawa hadis–tidur orang berpuasa adalah ibadah adalah lemah.(al Jami-as Soghir, FaidulQadir-al Munawi)

5. Berdoa waktu berbuka dan sepanjang melaksanakan ibadat puasa.
Dari Abdullah bin Amr bin AS r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya bagi orang yang sedang berpuasa saat berbuka doanya tidak ditolak.(riwayat Ibnu Majah). Dalam Hadis lain Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud; ada tiga doa yang tidak dapat ditolak Allah, orang yang sedang berpuasa sampai dia berbuka, imam (pemimpim) yang adil, dan orang yang teraniaya. (riwayat Tirmizi).

6. Tahajud.
Sekurang-kurangnya bangun lebih awal sebelum Sahur untukmendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalansebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).

7. Al-Quran.
Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang

8. Solat Terawih dan Witir
(1) berjemaah (2) sendirian (3) masjid atau rumah.
Solat witir, Waktu terbaik ditunaikan adalah bagi menutup segala solatsunat. Lebih baik dilewatkan diakhir malam, jika mampu.

9. Mohon Ampun Sentiasa.
Bertaubat dan mohon ampun kepada Allahsesungguh-sungguhnya kerana terdapat riwayat Hadis di mana Malaikat jibrilmendoakan kecelakaan kepada orang yang, Ramadannya berlalu tanpamendapatkan keampunan daripada Allah.

10. Bersungguh-sungguh beribadat pada 10 malam terakhir Ramadan.
Dari Aisyah r.a berkata, bahawa Nabi SAW, apabila masuk 10 hari terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan sepanjang malam (dengan Ibadat), membangunkan keluarganya dan menguatkan ikat pinggangnya. (Riwayat Bukhari).

Fadhilat Solat Terawih


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (R.A.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :


Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah SWT.


Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).


Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah SWT mengampunkan dosa engkau.


Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


Malam 5 - Allah SWT kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.


Malam 6 - Allah SWT kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.


Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.


Malam 8 - Allah SWT mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.


Malam 9 - Allah SWT kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.Malam 10 - Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.


Malam 10 - Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.


Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.


Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).


Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.


Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah SWT tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.


Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


Malam 16 - Allah SWT tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.


Malam 17 - Allah SWT kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


Malam 18 - Seru Malaikat : "Hai hamba Allah sesungguhnya Allah SWT telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati".


Malam 19 - Allah SWT tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


Malam 20 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.


Malam 21 - Allah SWT binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.


Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Masyar).


Malam 23 - Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.


Malam 24 - Allah SWT buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).


Malam 25 - Allah SWT angkatkan daripada siksa kubur.


Malam 26 - Allah SWT kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.


Malam 27 - Allah SWT kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.


Malam 28 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.


Malam 29 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.


Malam 30 - Allah SWT memberi penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."